Isnin, Disember 10


rindu dan sayang

Di sebalik kacamatamu
ada sepasang mata yang aku rindu..
di sebalik senyumanmu ada makna pengharapan...
aku rindu kamu..
sepi malam mengundang kegelisahan..
diri dirantai kasih..
hati dirantai rindu yang berpanjangan..
aku jadi resah sepi dan hiba..
kamu yang aku sayang entah di mana..
lambaian rindu kian mengoncang semangatku..
sepi malam mengoncang keimananku..
hati kewanitaanku terusik jua..
tapi apalah kudrat..
aku hanya mampu menanggisi nasib..
inilah nasib inilah ketentuan..
kupujuk hati yang lara..
kubelai memori kita..
memori yang indah dan teramat indah..
buat pengubat di kala duka...
menanti suatu saat untuk bertemu.
melepaskan siksa sebuah rindu...

Asmidar-Biar Sampai Ke Bintang~lirik~

Dalam perjalanan ini tiada siapa yang menduga. Pernah terfikir untuk diketemukan dengan seseoarng? atau mungkin kita saja yang bermain dengan khayal?. Bersama lamunan. Begitu juga takdir yang tersurat ketas ku.. Tiada aku pinta ditemukan dengan cara begitu, namun apa daya fikiran yang terperngaruh oleh desakan persaan. Kecewa, derita segala bagai berkecamuk dalam satu adunan, tiada yang pernah terlerai oleh kusutan itu. Yang dinamakan kehidupan itu adalah cabaran. Cabaran yang mungkin akan menjadikan aku lebih dewasa dalam erti kata kewarasan jiwa... Haghhhhhhhhh.. aku tersempit dalam DERITA....

Isnin, Mac 26

Dihimpit Kesesatan

Assalamualaikum.. lama sudah tidak meluangkan masa untuk berbicara dengan hati. Hari ini aku masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup di Dunia yang Allah cipta ini.. nikmatnya terlalu indah. Hingga aku sendiri hanyut diulik mimpi dunia yang mengasyikkan. Kekadang aku tidak sedar aku semakin hari semakin dihimpit oleh dosa yang seringkali aku sendiri yang ciptakan, walhal sudah aku tahu ianya satu perbuatan yang bisa mendatangkan dosa.. Namun aku sebagai insan biasa tidak bisa menolak atau mematahkan perasaan ingin itu. Tiap kali aku ingin KEMBALI tiap kali itulah semakin kuat godaan yang aku terima. Sungguh aku tidak mahu  cara hidup begini, namun aku juga manusia yang takkan pernah bisa melawan nafsu yang sering merajai jiwa.. Jiwa aku semakin hari semakin kusut. Aku tahu apa yang aku perlu lakukan.. Tapi... aku setiap kali tewas dengan pujukan dunia sehingga aku terus,terus dan terus terbuai dengan keasyikkan yang telah menutup mata hati aku.. Ya Allah,, tiada tempat untuk aku curahkan rasa isi hati ini.. pada Mu jua aku mohon Keampunan. aku seringkali tewas.. Ya Allah... perkukuhkanlah Iman didadaku.. Hanya pada Kau lah jua tempat aku berlindung.

Isnin, Februari 20

Tersendiri atau aku yang menyendiri???

Menyedarkan tentang sebuah hakikat yang tak mungkin dapat diubah, aku terpaksa akur dan pasrah dengan ketetetuan. Ketentuan akan sebuah takdir yang kita hanya mampu merangka sebuah perjalanan hidup yang baik, namun ianya tidak selalu yang menjanjikan apa yang kita impikan. Menjalani kehidupan ni, bukan satu perkara yang mudah, mengajar segala Ilmu rasa yang luar biasa, sehinggakan kita mampu digelar sebagai manusia. Mungkin tiada siapa yang mengerti maksud disebalik perkataan "MANUSIA" namun ianya mempunyai satu runtaian makna yang tersirat disebalik yang tersurat. "MANUSIA"....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, Disember 13

Ruangan kekosongan

Assalamualaikum,,, lama sudah aku tidak menjenguk blogku ini. Banyak yang telah aku kumpul dalam kehidupan sehari-hari. Pelbagai pengalaman yang telah aku kutip demi memantapkan diri aku sebagai manusia yang bakal bergelar seorang guru. sebagai manusia biasa aku tidak pernah lepas daripada tersepit dengan masalah. Terlalu banyak yang aku terpaksa fikirkan mana tidaknya, dengan masalah peribadi, masalah pelajaran, keluaraga dan lain-lain lagi. Tapi nak atau tak aku terpaksa mencari satu jalan bagi merungkai kekusutan yang aku tidak pernah memulakannya. Memang aagk pelik bunyinya. Hari ni aku nk kongsi cerita tntng maslh peribadi yng aku lalui. Sekarang aku da lupakan apa yang tlh terjadi antara aku dan dia. aku terpaksa mengikis semua kenangan aku dan dia.. aku fikir x da guna aku terus begitu, x da apa yg aku dapat dari terus merenug sesuatu yg x mgkin akn kembali. Ruang hati aku semakin hari semakin kosong, tiada lagi keceriaan yang dahulu sering menjadi teman. kemesraan yg meniggalkan aku terus hanyut hingga aku tersangkut pada ranting kecil. kini aku ingin berpaut pada rangting itu agar aku dapat bangun semula, aku amat berharap agar ranting ini akn mmberikan aku sebuah keyakinan agar menemui apa yang aku cari selama ini. Aku tahu mgkin dengn cara ini aku akn dapat merubah HIDUP aku kembali pada dunia yang sebenarnya. selama ini x da yang mmpu selami apa yg terbuku dihati. aku kesorangn.... aku kesunyian... aku perlukan seseorang yg mmpu bmbing aku.....