Rabu, Disember 7

7.12.2011 kini dah selama 18 hari aku berpisah dengannya... aku redha dengan pemergiannya. aku tahu aku bukan insan yang layak dicintai.. aku pasrah dengan ketentuan ini. aku masih lagi percaya yang pembalasan itu ada dan pastinya suatu hari nanti dia juga akan merasa seperti mana yang aku rasai kini.. terlalu kecewa dan pilu bila ditinggalkan. walaupun dalam masa yang singkat, dah banyak pengalaman yang aku dan dia lalui. terlalu payah untuk aku kikis kenangan itu agar hilang terus dari igatanku. hari pertama berpisah hanya Allah saja yang tahu betapa aku sedih, semua yang aku lakukan bagaikan tidak menjadi, tidurku tidak nyenyak apatah lagi untuk makan segala selera aku hilang.. tapi aku cuba pujuk resah hati ku ini agar tidak putus asa dan terus mengalah pada keadaan. aku cuba bangun dan setiap kali aku cuba bagun setiap kali itulah aku rebah kembali. mengalah bagi diriku tidak sama sekali, aku cuba bangkit kembali dari mimpi yang ngeri dan aku berjaya bagun, dan kini aku dah dapat lupakan dia walaupun sedikit..aku harap selepas ini aku tidak lagi mengenali insan seperti dia yang  menjadikan aku sebagi tempat persinggahan dikala kesunyian........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan