Selasa, November 22

Kerana Dosa Semalam



Kerana dosa semalam,,
Hari ini sepi membaluti,,
Sekeping hati,,
Yang suatu masa dulu,,
Menari keriangan,,
Dibuai gelora asmara,,,
Dialun kemerduan bicara,,
Disaluti sutera kasih,,
Yang tiada siapa mengerti,,

Kerana kau dosa semalam,,,,,,
Kehancuran telah menghimpitku,,
Kepiluan merobek jiwa,,
Hiba menerima kepasrahan,,
Apakah tiada ruang untuk hari esok?,,
Untuk mencari dimana,,
Sebuah mahkota yang telah hilang,,


Kini,,
Hati ini bagaikan tak rela,,
Perasaan yang berkecamuk dirundung luka,,
Luka yang tertipu oleh mata,,
Duka yang telah menentang tawa,
Membawa aku ke lembah yang lara,,
Arrrrhhhh,,,,
Pedihnya kecewa,,

Kerana kau dosa semalam,,
Hati ku bangkit lagi,,
Bersama sebutir cahaya,,
Dan secangkir harapan,,
Demi kehidupan,,
Dosa semalam telah aku tinggalkan,,
Hanyut,,,,
Bersama kenangan silam,,
Bersemadi kini,,
Ditasik hati,,
Biarpun gelora sesekali,,
Tak mungkin ku,,
Ulangi lagi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan